BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, April 6, 2011

Mahu Polis menyiasat siasat siasat siasat...siasatan sedangdijalankan..hampir 95 % siap...jawapan yg bakal diperdengarkan..

SPRM tidak belajar kesilapan lama, kata Majlis Peguam

April 06, 2011
Mayat Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui di perkarangan pejabat SPRM di Kuala Lumpur dipindah untuk pemeriksaan bedah siasat. — gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 6 April — Majlis Peguam mahu satu siasatan terperinci dilakukan polis bagi menyiasat punca kematian seorang pegawai Kastam, yang dipercayai jatuh dari aras tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pegawai kanan Kastam itu disiasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu.

Kejadian ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

“Walau apa pun punca kematian yang tragis ini yang kita dengar hari ini, ia terjadi kerana SPRM tidak belajar kesilapan lalu,” kata Naib Presiden Majlis Peguam Christopher Leong kepada The Malaysian Insider.

“Siasatan yang terperinci perlu dilakukan, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengelak kes seperti Teoh Beng Hock, siasatan yang tidak terperinci akan menyebabkan satu keputusan terbuka terjadi, mengakibatkan satu suruhanjaya diwujudkan bagi menyiasat perkara ini,” kata Leong yang turut mengetuai pasukan Majlis Peguam dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, namun satu badan siasatan diwujudkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Selepas 17 bulan dibicarakan mahkamah menetapkan tiada keputusan dicapai yang mana tidak dapat dipastikan sama ada Teoh membunuh diri atau dibunuh.

Ekoran keputusan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails