BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, March 9, 2010

anak sendiri menjadi Musuh Islam

anak sendiri menjadi Duri dalam daging..kerana duit dan Kuasa TEWAS dalam perjuangan...ini setaka HJ tempirai...apa nak diheran sangat....,tambah lagi ADUN kawasan aku ,anak jailu...emmmm lagi tak boleh diharap...sangkaan ku dari awal benar belaka..

hancurkan UMNO BN....

PALESTIN: Pemimpin Hamas 'buang' anak yang murtad

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8SSQRck2p5NvnZh4g4EvDXcUlwMRzjKhnhrlibjdJQNXrG81A1hPizbYTLomtigj9DtBUkOU6NfQMM2h7HTPMdhLHM1c6ITdygaQeVMeX6SxuzsSOVysXpfTOu5w74hxQuriqceXt89o/s200/Mosab.jpg
Mosab Yousef(Pengkhianat Agama,Bapa Dan Hamas)

BAITULMAQDIS 2 Mac - Seorang pemimpin kanan Hamas semalam mengisytiharkan seorang lelaki bukan lagi anaknya beberapa hari selepas pemuda itu mengumumkan bahawa dia menjadi pengintip secara rahsia kepada Israel dan membantu memburu anggota kumpulan pejuang tersebut.

Laman web Hamas semalam menyiarkan sekeping surat yang ditulis oleh Sheikh Hassan Yousef yang dikatakan diseludup keluar dari penjara Israel di mana beliau dipenjarakan selama enam tahun.

Dalam surat itu, beliau berkata, keluarganya mengumumkan 'telah memutuskan hubungan kekeluargaan' dengan Mosab Yousef.

Sheikh Hassan berkata, beliau sangat kesal untuk mengambil tindakan tersebut namun tiada pilihan lain selepas anak lelakinya itu 'murtad... dan bekerjasama dengan musuh kami".

Beliau yang membantu mengasaskan kumpulan pejuang tersebut dua dekad lalu, telah dimalukan pada tahun lepas apabila anak sulungnya itu mengumumkan bahawa dirinya telah murtad dan memeluk agama Kristian.

Pemuda itu kemudiannya memberitahu akhbar Israel pada minggu lepas bahawa dia telah membantu perisikan Israel membongkar serangan pejuang Palestin dan memburu pemimpin-pemimpin Hamas termasuk bapanya.-AP


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails