BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, March 10, 2010

Tunggu sampai Mati...!!!!!!

sdr omar Tan kena Mati dulu baru boleh dapat tahu bersalah atau tidak...uhhh cekap sungguh mahkamah Negara Ku...yang Peliknya demo PR salah,Fru cepat,sampaikan ceramah dipremis sendiri pun dipertikai...yang demo BN, bila pun PERMIT siap sedia lulus walau pun apa sahaja isu,samada isu perkauman atau apa saja.....KENAPA????.adakah penyokong-penyokong PR bukan rakyat malaysia ataupun tidak dikutip cukai untuk membayar gaji KAKITANGAN termasuk polisi ..yang bertugas..???
eh eh eh ini semua kerja UMNOS>>>>>

10 dibebas selepas 10 tahun didakwa
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Sehari sebelum genap 10 tahun pendakwaan dibuat ke atas mereka kerana mengadakan demo membantah sekatan permit yang dikenakan ke atas akhbar Harakah, Mahkamah Majistret membebaskan kesemua tertuduh.

Mereka dibebas dan dilepaskan selepas saksi dari pasukan polis tidak menghadiri perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

Yang dibebas Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Hishamuddin Rais, Zulkefli Anwar Ul Haq atau Zunar, Munir, Mona Sofian, Nora, Malik Husin, Ansari, Lokman Nor Adam.

Seorang lagi tertuduh, Omar Tan telah meninggal ketika kes masih berjalan.

Esok 11 Mac genap 10 tahun pendakwaan ke atas mereka dikenakan.

Kesemua mereka ditangkap di perkarangan Masjid Negara kerana mengadakan demonstrasi aman membantah sekatan yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri ke atas permit Harakah pada tahun 2000 lalu.

Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu sebelum itu telah dibenarkan terbit dua kali sebulan sahaja mulai Mac 2000.

Ia dipercayai dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya umum 1999 iaitu mendapat dua negeri, Kelantan dan Terengganu, di samping 27 anggota Parlimen.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails