BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, March 10, 2010

BN mengata...PR....melaksana..

YANG INI .DARI MULUT-MULUT.BN YANG BUSUK PERUT...sambung baca di bawah..

Janji-janji Pakatan Kepada Kaum India Hanya Tinggal Janji

Oleh S.Retnanathan

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Dua tahun lalu, 1.8 juta masyarakat India di negara ini meletakkan penuh harapan apabila mereka menyokong pakatan pembangkang bagi menawan beberapa negeri utama pada pilihan raya umum 2008.

Seruan daripada ketua pembangkang sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya itu ialah "Makkal Sakti" atau kuasa rakyat yang menyalakan emosi masyarakat India yang berasa diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas beberapa isu utama yang dihadapi mereka tidak dapat diselesaikan.

Hasilnya, masyarakat India yang secara tradisinya menyokong BN yang memerintah beralih kepada pakatan pembangkang, yang merupakan gabungan lemah yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP, pada pilihan raya 2008 yang menyaksikan BN hilang empat negeri -- Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor -- bagi menambah kepada Kelantan yang telahpun berada di tangan PAS..
KALAU RASA NAK BACA LAGI ISI FITNAH INI KLIK DISINI

YANG INI PULAK TINDAKAN PR..Semua MENGETAHUI TIDAK ADA SEBARANG USAHA DARI BN SEMASA PEMERENTAHAN MEREKA KECUALI FIKIR PULUS-PULUS..
.SHAH ALAM, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan Selangor pada Rabu melantik 45 orang termasuk seorang wanita sebagai ketua komuniti bagi mewakili masyarakat India di Selangor, yang akan diserapkan ke dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kesemua mereka sebelum ini menjalani proses temuduga sebelum dipilih daripada 93 orang yang disenarai pendek untuk ke jawatan itu.

"Perlantikan semua 45 calon itu diluluskan dalam mesyuarat exco hari ini dan mereka akan menjalani beberapa sesi latihan sebelum dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas mereka," katanya dalam persidangan media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.

Beliau berkata ketua komuniti ini diberikan elaun bulanan RM300 setiap seorang, dan mereka akan bekerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah di kawasan masing-masing terutamanya dalam hal-hal yang membabitkan isu berkaitan kaum India.

"Kami mahu ketua komuniti ini memainkan peranan sebagai penghubung di antara pihak kerajaan dengan masyarakat setempat dalam pelbagai isu dan permasalahan yang berbangkit," katanya.

"Mereka juga akan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan selaku penyalur maklumat kepada kedua-dua pihak," tambahnya.

BACA SETERUSNYA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails