BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, March 9, 2010

Lawyer benggong.....mula berhujjah,,????

apa kata Lawyer benggong minta Hakim turun dan dia naik supaya senang Jadi hakim,dan untuk memudahkan buat keputusan.

Zul Noordin masih peguam Anwar, wakili kes qazaf esok

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Zulkifli Noordin, yang dipecat dari PKR Sabtu lalu manakala semalam terlibat dalam "perang mulut" dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau masih mewakili suami beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes qazafnya.

Zulkifli (gambar) berkata, setakat ini beliau masih merupakan peguam utama pasukan Anwar dalam kes itu, yang akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur esok.

Katanya, beliau akan berada di mahkamah esok atas kapasitinya sebagai peguam yang telah dilantik secara rasmi oleh Anwar, yang juga Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Berdasarkan rekod, saya masih merupakan peguam Anwar... saya akan berada di mahkamah esok. Sama ada saya akan diminta tarik diri ataupun sebaliknya, saya perlu berada di mahkamah (esok).

“Jika saya diminta menarik diri, saya juga kena memaklumkan secara rasmi kepada mahkamah. Jadi, saya akan berada di mahkamah esok,” kata beliau sambil menambah, apa yang dilalui sekarang bukan sesuatu yang bersifat peribadi.

Difahamkan jika Zulkifli berada di mahkamah esok ini kali pertama beliau bertemu secara bersemuka dengan Anwar dan Wan Azizah dalam tempoh sebulan ini.

Justeru Zulkifli berkata beliau tidak melihat perkembangan semasa sebagai sesuatu yang sangat bersifat peribadi.

“Isu ini bukan sesuatu yang peribadi, saya masih mengekalkan hubungan saya dengan beliau, Wan Azizah dan keluarga Anwar,” katanya.

Zulkifli memberitahu beliau akan bertindak secara profesional sebagai seorang peguam dalam kes qazaf yang difailkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau pernah terlibat dalam pasukan peguam Anwar dalam kes peringkat awal selepas beliau dipecat dari jawatan kerajaan dan parti pada September 1998.

Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan esok untuk sebutan semula mendengar kes qazaf difailkan oleh Anwar.

Seorang lagi peguam pasukan Anwar dalam kes ini ialah Kamar Aniah Kamaruzaman.

Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin juga akan mendengar bantahan awal dikemukakan oleh pihak pembelaan, diketuai peguam Zainul Rijal Abu Bakar iaitu mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah yang akan mendengar kes ini, prosedur permohonan yang tidak dibuat mengikut Akta Prosedur Mal 1998 serta kelayakan Zulkifli untuk mewakili Anwar.

Pada 7 Jan lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi perintah supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful.

Dalam tuntutan notis permohonan itu, Anwar menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden.

Anwar memohon perintah mahkamah mengarahkan Shamsuddin menggunakan kuasanya yang sedia ada padanya untuk menjalankan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan menghalang Che Mat dan Jamil daripada menghalang Shamsuddin menjalankan pertuduhan itu.

Mengenai serangan ke atas Wan Azizah, Zulkifli menjelaskan beliau telah memaklumkan Presiden PKR itu semalam melalui seseorang bahawa akan mengeluarkan kenyataan balas berhubung permintaannya agar mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu.

Zulkifli mempertahankan tindakannya berkata beliau mengeluarkan kenyataan semalam kerana pendirian Wan Azizah kelihatan sebagai “serangan peribadi.”

“Oleh kerana kenyataan Wan Azizah sangat bersifat berperibadi, mendakwa saya tidak berprinsip... maka saya tidak boleh berdiam diri.

“Pun begitu sebelum saya mengeluarkan kenyataan semalam, saya melalui seseorang telah memaklumkan, menyampaikan mesej kepada Wan Azizah bahawa saya akan mengeluarkaan kenyataan balas berhubung pendiriannya kelmarin,” katanya.

“Sekurang-kurangnya Wan Azizah sepatutnya menghubungi saya dan memaklumkan secara peribadi jika beliau ada apa-apa hendak katakan, bukannya secara terbuka menyerang saya secara peribadi,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Zulkifli menasihatkan Wan Azizah supaya tidak berperang, sebaliknya menegaskan agar beliau melepaskan jawatannya atas alasan sudah gagal memimpin PKR.

“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan,” kata Zulkifli.

Zulkifli juga mencabar Wan Azizah jika berani agar bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, satu lawan satu.

Bagaimanapun Wan Azizah tidak boleh bertanding selama lima tahun sehingga Ogos 2013.

Kata Zulkifli, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih daripada tahu yang beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengannya.

“Tetapi Wan Azizah telah membuat kenyataan yang mengutuk saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab kutukan itu, dan saya berharap selepas ini Wan Azizah akan berhenti dengan serta-merta daripada memilih untuk terus menyerang saya,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails