BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, March 11, 2010

Pahang oh Pahang....

sendiri pikir...sendiri Nilai....???

Kebakaran hutan di Pahang bertambah luas


KUANTAN- Kebakaran hutan di Pahang pada minggu ini semakin luas apabila melibatkan keluasan 130.5 hektar berbanding 83 hektar minggu lepas di empat kawasan besar yang dikenalpasti.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, empat kawasan yang terjejas membabitkan hutan di Kampung Sungai Ular seluas 50 hektar, Ladang LKPP, Penor di Jalan Kuantan-Pekan (50 hektar), hutan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bistari Sri Pekan, Peramu (27 hektar) dan Hutan Simpan Ramin Batu 9, Pekan (3.5 hektar).

"Setakat ini bomba telah berjaya memadam kebakaran hutan seluas 59.5 hektar manakala baki 71 hektar lagi masih dalam tindakan," katanya.

Beliau berkata, operasi memadam api yang bermula sejak 24 Februari lepas melibatkan kekuatan anggota seramai 118 orang.

Dalam pada itu, katanya, masalah kekurangan air turut menyukarkan usaha untuk memadam kebakaran hutan di empat kawasan terbabit.-Bernama
sinar harian

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails