BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, January 7, 2011

ada can nak dapat RM30./

Jangan diharap lebih dari RM30..itu pun kena cekap kalau idak siap kena pau.ha haha
berjalan ke Pasir salak,nasib sebungkus.mineral 1.. yg penting RM30 mesti kena tuntut...ha ha ha..
Perkasa anggar hadir 15 ribu(tapi kena tukar ke duit malaysia ..sebab anggaran dia ikut ruppiah..so boleh le dalam 700 orang hadir...ha ha ha..anggaran dan eksyen mesti mau kaww punya..standard tak boleh kasi jatuh..ha ha ha perkasa..

PERKASA tarik 15,000 berhimpun di Pasir Salak

Jan 7, 11 5:41pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengadakan satu perhimpunan di Perak pada 26 Februari bagi memberi penerangan berhubung "agenda orang Melayu dan Bumiputera."

Perhimpunan itu adalah susulan daripada perhimpunan yang diadakan di Pasir Mas, Kelantan sebelum ini, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Perhimpunan itu akan diadakan di Pasir Salak di negeri itu, yang terkenal sebagai tempat bersejarah dengan peristiwa pembunuhan residen British JWW Birch.

Ibrahim berkata, beliau menjangkakan sekurang-kurang seramai 15,000 akan hadir di majlis 'Perhimpunan Melayu Perkasa' itu yang akan turut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir juga akan menjadi pemidato utama dalam perhimpunan itu, kata Ibrahim lagi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata, pemidato dalam perhimpunan itu juga bagi memberi penerangan bahawa perjuangan tindakan PERKASA selama ini bukanlah tindakan rasis atau perkauman.

"(Sebaliknya, ia merupakan) usaha untuk merapatkan jurang ekonomi terutama dalam pembahagian kek ekonomi supaya dalam jangka masa panjang semua rakyat akan bahagia," kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails