BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, January 4, 2011

Ada Udang Kepala Busuk didalam Istana....?

apahal bising bising ..tunggu dewan bersidang kita tahu ada atau tidak kuasa ditarik balik..kalau ada bukan nak buang terus..cuma nak kembalikan Kuasa itu kembali kepada SULTAN MELAYU...itu Sahaja..very simple...jgn gaduh gaduh....elok g cari makan gado gado...yang Utusan Meloya elok diam mulut dan punggung jaga hal ehwal diri dulu..kat luar nun ada kumpulan dok bantah kamu..!

Setiausaha Sulit: Sultan Selangor ada kuasa eksekutif beri perkenan

January 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dilaporkan berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru Munir menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah pandangan dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku (semalam), beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

“Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

“Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia ini.

Semalam selepas menghadapi Sultan Selangor, Khalid berkata Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Laporan Utusan Malaysia juga menyebut baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar semalam baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Khusrin sebagai SUK.

“Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Minggu lalu, Munir berkata, pelantikan Khusrin adalah muktamad kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Pada sidang media semalam juga Khalid berkata Selangor akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Katanya, dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh SPA.

“Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan,” katanya.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK baru mencetuskan kontroversi apabila Menteri Besar dilaporkan berkata pelantikan itu belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails