BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 9, 2011

Berita Meloya dan Berita Benar..

cakap berbelit belit layak jadi Menteri BN..dah kata kerja perparitan urusan K`jaan Negeri..Tapi di dun Pengkalan Pasir macam mana k`jaan BN boleh buat..tanpa sokonga K`jaan Negeri..10 juta habis ,,tapi masaalah banjir tak seteruk mana..kalau cam itu masih lagi banjir le....ha ha ha...patutu katak suka sgt...apa punya menteri bongok le...cakap lidah bercabang-cabang...


Mustapa Selar Kerajaan Kelantan Gagal Tangani Masalah Banjir

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan gagal menangani masalah banjir kilat di negeri itu yang berpunca daripada sistem peparitan yang tidak sempurna, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya kerajaan negeri pimpinan PAS perlu bertindak segera menangani masalah itu kerana ia telah membebankan ribuan penduduk negeri itu sekian lama.

"Isu utamanya di sini adalah sistem perparitan yang gagal dilakukan di kawasan perumahan seperti ini dan ini merupakan kelemahan yang sangat ketara kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di taman perumahan Thirteen Avenue Garden, Kubang Kerian, di sini, Sabtu.

Lebih 70 keluarga tamah perumahan dan penduduk sekitar kawasan itu terjejas dengan banjir yang melanda kawasan itu sejak empat hari lepas.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sejak Barisan Nasional (BN) menguasai DUN Pengkalan Pasir, kerajaan Pusat telah membelanjakan kira-kira RM10 juta untuk membina sistem perparitan yang lebih sempurna di situ.

"Kini di Pasir Mas masalah banjir tidak seteruk sebelumnya dan kita berharap rakyat Kelantan perlu membuat keputusan terbaik untuk mereka selepas ini," katanya.(ha h aha kempen awal sangat si pa ini..ha ha ha..jgn jgn lepas ini simustapha pun bungkus apa..?)

Beliau berkata rakyat Kelantan perlu faham masalah membina sistem perparitan itu terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Pusat.

Sementara itu wakil penduduk, Muhd Rusli Salleh, 42, berkata penduduk di situ telah lebih lima tahun mengalami banjir pada setiap musim tengkujuh yang kadangkala berlarutan sehingga dua minggu.

"Ini semua kerana tidak ada parit yang kadang kala kami kena berpindah tiga atau empat kali setahun kerana banjir dan saya minta sangat pihak berwajib bantulah penduduk.

"Apa yang kami kesal wakil rakyat PAS kawasan ini dan wakil kerajaan negeri tidak datang pun menjenguk masalah kami dan rayuan kami terhadap Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Perbandaran Kota Baharu tidak diendah langsung," katanya.-BERNAMa

kalau betul ada penduduk Muhd Rsuli salleh terlibat sama....ha ha ha..RM 1500 cancel..padan muka seekor itu..

Bantuan RM1,500 kepada mangsa banjir

Saturday, 08 January 2011 | Ruangan: Berita

GUA MUSANG, 8 Jan – Kerajaan Negeri Kelantan akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,500 kepada setiap mangsa banjir di Kelantan melalui hasil sumbangan dari Tabung Serambi Mekah.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaacub bagaimanapun menjelaskan bantuan yang diagihkan akan diberi secara berperingkat dimana mangsa akan menerima RM700 buat permulaan manakala bakinya sebanyak RM800 akan diberikan kemudian.

Tambah beliau, Tabung Serambi Mekah turut mendapat sambutan penderma sepanjang masa.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mengesahkan sehingga pukul 3 petang tadi keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila bandar Rantau Panjang kini terputus hubungan akibat ditenggelami air sedalam satu meter.

Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kini mencecah 2,084 orang di seluruh Kelantan berbanding 1,571 pagi tadi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails