BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, January 6, 2011

Ingat mati..Ingat Allah..jgnnnnn.

kerana terlalu tamakkan kuasa dan digelar diktator. ...akhirnya musibah menimpa anak beranak...sebagai pengajaran kepada sesiapa yang tamakkan kuasa dan Lupa Tuhan...akhirnya anak shah Iran bekas Presiden dan dikenali Diktator Iran..bunuh diri...hancussss..mana harta dan kuasa yang dicari dengan titik peluh rakyat...mana mana..tidak ada satu pun yang dapat menolong anak kau yang nak bunuh diri..kecuali ALLAH...

Mohammad Reza Shah Pahlavi(shah Iran)
Anak bongsu Shah Iran bunuh diri

GAMBAR fail, Ali Reza  bersama ibunya, Farah Pahlavi ketika hadir pada  upacara pengebumian Puteri  Monaco,  Prince Rainier III, di Monte Carlo pada 2005.- Foto REUTERS

GAMBAR fail, Ali Reza bersama ibunya, Farah Pahlavi ketika hadir pada upacara pengebumian Puteri Monaco, Prince Rainier III, di Monte Carlo pada 2005.- Foto REUTERS

Kematian bapa, pergolakan politik negara punca tembak diri sendiri

BOSTON: Anak bongsu Shah Iran yang digulingkan dalam revolusi 1979, Putera Ali Reza Pahlavi, 44, meninggal dunia akibat menembak dirinya sendiri di Boston selepas mengalami kemurungan berikutan kehilangan bapanya dan pergolakan politik yang berlaku di negaranya.

“Dengan perasaan amat dukacita kami ingin memaklumkan kepada semua pihak kematian Putera Ali Reza Pahlavi,” kata abang sulung putera itu Reza Pahlavi dalam laman webnya.
Beliau berkata, Ali Reza yang sedang belajar di Universiti Havard, mengalami kemurungan dan tekanan berikutan pelbagai masalah politik yang berlaku di Iran.“Seperti berjuta-juta generasi muda Iran yang amat terganggu dengan kemelut politik di tanah air tercinta, Ali menghadapi tekanan berikutan kehilangan bapa dan kakaknya dalam usia muda.

“Walaupun Ali Reza berusaha bersungguh-sungguh sejak sekian lama untuk mengatasi kesedihannya, adik kami akhirnya mengalah dan pada malam 4 Januari, beliau mengambil nyawanya sendiri, meninggalkan keluarga dan rakan rapat dengan kesedihan yang amat sangat,” kata Pahlavi.

Polis tidak dapat mengesahkan kematian putera itu tetapi sumber pihak berkuasa menyatakan: Saya boleh mengesahkan seorang lelaki dewasa berusia pertengahan 40-an ditemui mati di 141 West Newton Street di Boston.

“Beliau meninggal dunia akibat luka tembakan. Punca kematian masih disiasat, tetapi kami yakin ia bukan pembunuhan,” katanya.
Ali Reza Pahlavi, anak bongsu daripada lima orang anak Shah Iran, berhijrah ke Amerika pada usia remaja ketika Iran dilanda revolusi.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Princeton pada 1984 dan ijazah sarjana dari Universiti Columbia pada 1992,

Ali Reza yang masih bujang sedang mengambil ijazah kedoktoran di Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts dalam bidang philologi (kajian perkembangan bahasa) dan penyelidikan Iran Purba.

Tidak seperti abangnya, Ali Reza yang disifatkan seorang yang sensitif, setia dan bijak, menjauhi media ketika tunjuk perasaan selepas pilihan raya Iran 2009 yang dimenangi Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Sementara itu rakyat Iran terutama mereka yang tinggal di luar negara melahirkan rasa dukacita berikutan kematian Ali Reza dan menyifatkan ia sebagai simbol terputusnya hubungan Iran dengan era sebelum revolusi.

Agensi berita Iran bagaimanapun hanya menyiarkan laporan ringkas dengan tajuk “Anak lelaki bekas diktator membunuh diri”. – AFP

1 comment:

Anonymous said...

Alasan saja tu. Dia tak dak duit nak bayar hutang along la tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails