BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, January 5, 2011

INGAT..Nasi Kandar Mohamad Aliyar..ingat le UMNO....

Penang mali...oooi mamak melayu geng merican ke apa..dah lupadah..lu ingat meniaga asap ke..lesen tak bayar..niaga sampai tutup kaki Lima...ni sekarang cakap besarloooo..Report jangan lupa kasi itu YB orang tua..apa nama dia..?Azhar ke..tapi lu ingat..itu umno ..boleh tipu rakyat wargaemas aritu..satu orang rm100..sudah hantam pio...dia cakap duit judi k`jaan neg kasi..rakyat pakai ada dosa/haram..UMNO pakai boleh halal ke..?ha ha ha....saya pesan satu ;;ingat UMNO ingat Rugi...Ingat UMNO ingat Rogol..Ingat Umno ingat rasuah..Ingat Umno ingat Barang naik setiap purnama..lagi lagi lagi....

Peniaga nasi kandar buat laporan polis terhadap setiausaha politik Lim Guan Eng

January 04, 2011

GEORGE TOWN, 4 Jan – Peniaga nasi kandar Syed Kassali Mohamad Aliyar hari ini membuat laporan polis mendakwa Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik mengasarinya dan menyita peralatan di gerainya tanpa sebarang notis malam semalam.

Pemilik gerai “Nasi Kandar Mohamad Aliyar” di Gat Lebuh Maccalum itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Bercakap kepada pemberita, Syed Kassali mendakwa tindakan Ng yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar dan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menyita peralatan di gerainya pada pukul 11 malam semalam itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Beliau mendakwa beberapa pekerjanya turut dihamburkan dengan kata-kata berunsur perkauman.

Sementara itu, Ng pada sidang media berkata gerai nasi kandar itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak Mei tahun lepas dan pernah diberikan notis sebanyak empat kali.

Beliau menafikan dakwaan Syed Kassali bahawa kakitangan MPPP telah menyita peralatan dalam gerai itu dan menurutnya hanya barang-barang yang diletakkan di kaki lima dan di atas jalan raya berhampiran gerai nasi kandar itu disita.

“Tindakan yang diambil itu adalah untuk kepentingan orang ramai, malah jalan raya juga perlu bebas daripada sebarang halangan yang menyukarkan semua pihak,” katanya dan menurutnya tindakan itu diambil mengikut ketetapan Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails