Dah jadi kebiasaan pulak..ada pendedahan ttg Pimpinan UMNO...taklama nanti adale apa-apa kejadian yg pelik pelik berlaku..kenapa jadi macam itu..?ada komplot ke..?
Rumah Blogger Rocky’s Bru dipecah masuk, kereta dilarikan penjenayah
| Ruangan: BeritaKUALA LUMPUR, 7 Jan – Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky’s Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.
Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.
“Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas,” katanya.
Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.
Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.
“Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih,” katanya.
Ahirudin berkata, kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.
Ketua Polis Dearah Serdang, Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat kes itu.
-Bernama
No comments:
Post a Comment