Sepanjang mengenali dan penglibatan bersama (bukan sebagai Kontraktor), Mohd Fadzill tidak teragak-agak bersaing sesama Kontraktor Melayu lain dan sanggup menipu dari segi moral dan etika.
Beliau menggunakan syarikat milik isteri beliau selain dari Fadzill Construction Sdn Bhd, untuk memasuki tender yang serupa. Ramai yang mengetahuinya.
Contohnya, di dalam satu Mesyuarat Kemajuan Tapak dimana 10 Kontraktor hadir, semuanya Melayu, saya pernah menasihati Mohd Fadzil supaya tidak mewakili syarikat isterinya didalam mesyuarat yang sama. Diwaktu yang sama beliau mewakili syarikat Fadzill Construction Sdn Bhd.
Seperti biasa beliau tersangat angkuh walaupun dari segi etika dan moral tidak dipandang elok dan diketahui ramai.
Sekarang beliau menyalak seperti anjing kerana ahli-ahli politik Melayu UMNO/BN Pulau Pinang tidak dapat menolong beliau lagi.
Kesemua Kontraktor Melayu Pulau Pinang yang lain baik-baik dan berhempas pulas, pijak memijak dan cantas mencantas sesama sendiri untuk merebut peluang yang terhad yang diberi oleh Kerajaan BN. Kepada yang berjaya dan ‘join the crowd’ menganggap Mohd Fadzill adalah hero dan kepala dan berjaya meletak Mohd Fadzill sebagai President PKMM.
Kepada yang gagal, kecewa atau gulung tikar, akan menganggap Mohd Fadzil dan lain-lain sebagai kepala penyamun dan perompak yang dibantu oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang. Kebencian terhadap Kontraktor Melayu sekali gus terhadap pemimpin UMNO meruap-ruap dek buatan Mohd Fadzill dan kuncu-kuncunya. Kebencian turun ke bawah sehingga ke akar umbi. Di waktu yang sama muncil Al-Juburi. DAP menunggu masa untuk menyerang orang –orang Melayu.
Akhirnya kelambu di bakar dan membuka peluang kepada nyamuk-nyamuk DAP untuk menghinggap dan merampas kek-kek orang Melayu yang tinggal tidak seberapa pun ( kurang 30% ). Sekarang masing-masing Melayu Pulau Pinang menyesal yang tidak kesudahan.
Mohd Fadzil Hassan dan kuncu-kuncu nya adalah penyumbang kepada kebencian orang-orang Melayu akar umbi terhadap UMNO. Ini mereka masih tidak sedari sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment