BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, January 5, 2011

Nak relax Minda masuk..sukan..tak boleeeh..

Ingat nak relax minda..masuk bab sukan..rupanya tak boleh ...masuk disini pun berserabut macam Selangor juga..akibat campur tangan tangan busuk ...ADUH..tapi kenale dengan 1malaysia..kalau dah atas berserabut semua kena berserabut..1malaysia...semua boleh..ha ha ha..UMno UMNooo..

Kami sedia terima Bun'

Oleh Mohd Hilmie Hussin
IMBAS KEMBALI...Misbun memberi tunjuk ajar  kepada peserta Kem Bakat Nusa Mahsuri di Kompleks Belia dan Sukan Larkin, pada 18 Julai 2009.
IMBAS KEMBALI...Misbun memberi tunjuk ajar kepada peserta Kem Bakat Nusa Mahsuri di Kompleks Belia dan Sukan Larkin, pada 18 Julai 2009.

KEMELUT menimpa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akibat peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek terus mencipta spekulasi mengenai kemungkinan kelab badminton profesional Nusa Mahsuri akan kembali melatih pemain elit, malah dikatakan mampu membentuk pasukan lebih kuat.

Hal itu tidak dinafikan Penasihat Nusa Mahsuri, Jalani Sidek (gambar) yang menggambarkan Misbun akan kembali ke kelab itu selepas meletak jawatan di BAM.


“Saya tidak nafikan kami akan membentuk semula pasukan profesional di Nusa Mahsuri. Saya bukan mahu mengambil kesempatan atas kemelut yang berlaku tapi mengapa perlu sia-siakan kemahiran Misbun, lebih baik dia kembali bersama kelab,” kata Jalani ketika ditemui di Banting, kelmarin.

Jalani ternyata tidak senang dengan apa berlaku di BAM bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana sebagai “orang luar” dia tidak mahu campur tangan.


Namun dia dapat berasakan bahawa Misbun amat terasa dengan tindakan seorang pegawai BAM dan menganggap abangnya sudah berputus asa.


Begitupun dia mengingatkan walau apapun berlaku kepada Misbun, Nusa Mahsuri sentiasa bersedia menggunakan khidmat jurulatih berpengalaman itu.

“Saya nak ingatkan BAM bahawa Misbun dan Rashid (Sidek) adalah jurulatih Nusa Mahsuri, mereka dipinjamkan ke badan induk atas nama negara. Kalau BAM tidak perlukan lagi, kita sedia ambil semula,” kata Jalani.


Jalani juga tidak menolak kemungkinan Datuk Lee Chong Wei yang dilapor mahu mengikut jejak Misbun akan turut menyertai Nusa Mahsuri sekali gus membentuk pasukan mantap di kelab profesional itu.

“Kalau Chong Wei keluar, saya pasti ramai lagi pemain akan keluar dari BAM.”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails