BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, January 3, 2011

Nasib baik Negeri Pakatan..kalau idak

Kalau le Selangor ini diperintah BN dan Khusrin ini Lantikkan PR..ahhh jadi macam kes V.Sivakumar...entah lebih teruk sebab jawatan kecil lagi dari speaker..akan diangkat Lembu BN disumbat bukan dalam stor...dalam Jamban..dok dalam itu 3 jam..ha ha ha..nasib kau le labu..tak terberak le mike....ha ha ha

Khusrin daftar masuk, belum berjumpa MB

Jan 3,

Datuk Mohd Khusrin Munawi tiba untuk bertugas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada jam 6.45 pagi ini, di sebalik kontroversi perlantikannya sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Beliau juga mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi.

"Tiada masalah,” katanya sebelum terus menyelinap ke dalam bangunan di Shah Alam itu.

Bagaimanapun, adalah dipercayai beliau masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibraahim.

Menurut sumber dari pejabat menteri besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Khusrin daripada pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu.

"Tidak akan berlaku konfrontasi... Sudah tentu, beliau boleh masuk tetapi sama ada beliau akan bekerja untuk kita (kerajaan negeri Selangor) adalah cerita lain,” kata sumber itu.

Khusrin dijadual mengangkat sumpah jawatannya pada 6 Januari ini tetapi kerajaan negeri membantah perlantikkan itu kerana mendakwamenteri besar tidak dirujuk.

Kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak senang dengan perlantikkan Khusrin oleh kerajaan persekutuan sebagai ketua kakitangan awam di negeri itu kerana beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ketika Umno menerajui Selangor.

Khusrin, 54, dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember lalu.

Sebelum dinaikkan pangkat, Khusrin berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails