BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, January 7, 2011

Sebelum ini awat nya tak mau..dalam soal ini pun ada kira kira ke..?

kan sebelum ini banyak pihak minta ditubuhkan S.diRaja tetapi tak mau..ditubuh juga inkues ke apa ke..akhirnya..keputusannya...Bunuh tidak dibunuh pun tidak..cuma yang pasti TBH lupa bernyawa itu saja..ini sekarang dah takde Jalan mau pula ditubuh SDR..kan dah jadi 2 belanja..takkan dalam keadaan macam ini pun ada kira-kira masyuk kut...?
hi hi Binawe betulll

Kes Teoh: K'jaan tubuh s'jaya siasatan diraja
Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh Beng Hock, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONESuruhanjaya yang akan diwujudkan dengan terma-terma khusus itu, akan "meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Najib berkata, panel suruhanjaya berkenaan akan diumumkan selepas mesyuarat kabinet pada Rabu depan.

Beliau berharap, siasatan oleh suruhanjaya itu akan dapat menyelesaikan kes tersebut.

Suruhanjaya berkenaan akan diwujudkan dalam tempoh tiga bulan selepas Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan tauliah pelantikan pesuruhjaya.

Najib juga berkata, suruhanjaya itu akan ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

NONEPeruntukan itu memberi kuasa kepada suruhanjaya berkenaan untuk menyiasat SPRM dan "kelakuan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."

Boleh dilanjut

"Tempoh suruhanjaya itu juga boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertimana dibenarkan di bawah Seksyen 5 Akta 119," katanya lagi.

"Peguam negara akan memfailkan semakan di mahkamah tinggi shah alam bagi menyemak keputusan majistret (koroner) tersebut.

"Sudah tentulah peguam negara tidak gembira dengan penghakiman (inkues) dan mahu ianya dirujuk ke mahkamah lebih tinggi untuk menyemak keputusan itu.

"Bagaimanapun, kerajaan akan meneruskan keputusan yang telah dibuat sepertimana yang saya nyatakan pada 17 Julai 2009 untuk wujudkan suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Perkara sebenar

Tambahnya, kerajaan bersimpati dengan apa yang telah dilalui oleh keluarga Teoh.

"Apa yang penting adalah untuk mengetahui perkara sebenar (yang berlaku terhadap Teoh).

"Kita harap mereka akan benarkan proses ini berlaku dan kita harap akan dapat pastikan (establish) apa yang sebenarnya berlaku," katanya lagi ketika ditanya.

NONEMenurut perdana menteri lagi, beliau juga sedia menemui keluarga Teoh tetapi tidak pasti bila.

Pada Rabu lalu, mahkamah koroner membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh - iaitu beliau bukan bunuh diri mahupun dibunuh.

Pelbagai pihak kesal kerana setelah lebih setahun berlalu, punca kematian pegawai politik kepada seorang exco Selangor itu masih menjadi misteri.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima koridor Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoalsiasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

1 comment:

malaysiandotcom said...

mohon link kan blog wa kat sini.blog tuan sudah wa link kat sini
http://malaysiandotcom.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails