BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, April 1, 2011

ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara

JANGAN RISAU..COOOOL DOWN..BUAT RAYUAN..SELEPAS ITU KES DIGUGURKAN..KAN DAH BIASA MACAM ITU..HI HI

YANG KAMI DOK KALUT NAK PRK.......YANG KAMU COOOOL..SEBAB DAH TAHU APA KESUDAHANNYA..

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

NONEMahkamah sebelum ini mendapati beliau bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman kerana peguambela mahu membuat rayuan

Pada 5 Mac lalu, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi beliau masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun, jika Mustafa dilucutkan, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails