BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, April 4, 2011

Patut juga tindakan sedemikian..!

kekadang dah sampai takde ruang yang selamat dari bunyi burung disekitar pekan..habis dimana ada kosong dan ruang diubah suai jadi rumah burung...hingga manusia naik rimas..elok juga sekalikala bertindak sedemikian..

4 kediaman bela burung walit disita

KUALA TERENGGANU – Bunyi bising yang mengganggu penduduk di Kondo Rakyat Kuala Ibai dekat sini gara-gara kediaman diubah suai menjadi sarang burung walit berakhir semalam apabila empat buah rumah tersebut disita.

Operasi yang diadakan selama dua jam itu melibatkan 50 penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Ketika operasi itu, beberapa peralatan yang digunakan oleh pemilik kediaman untuk tujuan penghasilan sarang burung walit turut dirampas.

Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBKT, Zakaria Abdullah memberitahu, operasi dilakukan ekoran aduan orang ramai kerana bunyi bising dan kebocoran di tingkat bawah rumah sarang burung itu.

“Kita telah beri notis empat hari namun tiada tindakan dilakukan oleh pemilik rumah. Dalam operasi ini, kita telah menanggalkan kelengkapan untuk memelihara sarang burung dan kembalikan rumah tersebut dalam keadaan asal,” katanya di sini semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails