BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, March 5, 2010

Gamuda Tak habis lagi...pengambilan tanah ke?

Adakah pihak Gamuda masih belum habis lagi buat pengambilan tanah???....Kelohan JKKK.
Penduduk sekitar Kg Setia Jaya menghadapi masaalah bila adanya Pegawai dari pejabat Tanah dan Daerah LMS selalu datang ke kampung ini dan buat macam-macam ugutan.

Rata-rata penduduk yang telah menetap disini lebih dari 30 tahun menghadapi masaalah bila adanya pegawai-pegawai dari PDT datang dan menyuruh mereka keluar dari tapak rumah mereka,tanpa sebarang pampasan ,sedangkan sewaktu YB Dato malik mereka telah mendapat jaminan mulut bahawa mereka boleh mendirikan rumah dan menetap kekal disini,dan juga surat dari beliau untuk mengutip Rm100 untuk sebuah rumah sebagai pendahuluan untuk urusan ukur.Susulan dari itu kebanyakkan penduduk telah mengeluarkan sejumlah duit yang banyak untuk membaikpulih rumah-rumah yang mereka diami.

selalunya pegawai-pegawai PDT akan mengatakan bahawa tanah yang mereka duduki puluhan tahun telah diberikan kepada Gamuda sedangkan jalan keretapi hampir siap takkan Gamuda nak ambil lagi tanah kami?wakil penduduk sdr muthu.

Kalau pun betul tanah itu diberikan pada Gamuda bagaimana dengan kami,bagaimana janji-janji YB Dato malik semasa itu,apa nasib kami?dimana kami nak duduk ,bagaimana dengan duit kami yang telah digunapakai untuk rumah kami.

Berilah kami pampasan ,gantikan kami dengan sebuah tempat atau rumah,kami tidak menghalang pembangunan,tapi apa nasib kami..inike slogan Rakyat didahulukan tambah lagi Jkkk.







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails