BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, March 4, 2010

Katak bagan Serai kena ganyang...

sepatutunya katak itu gantong diri ..aje...ada maruah ke kome...nampak muka macam budak bodoh aje...tapi dapat duit...terus lompat.

albanjari online:Haji Tampirai@Mohsin - Laknat pengundi anda bergema di Bagan Serai !

Rentetan & masa 'demo' aman oleh kulaan di Parlimen Bagan Serai diperincikan seperti dibawah.

Jam 9.30am
Wak sampai dan disambut ramah oleh YB Yunos Bin Jamhari, Ketua Cabang Keadilan Bagan Serai, Bro Tan Kuda dan beberapa sahabat dari Pakatan Rakyat.

Temubual terus dibuat kerana masa yang terhad. Alhamdulillah, dapat menyiapkan 3 temubual terus dengan YB Yunos, Adun Kuala Kurau, Tan Kuda dan seorang saudara dekat Hj Mohsin (rujuk foto disebelah) berbaju putih. InsyaAllah, semua temubual yang direkodkan akan diuploadkan sedikit masa lagi. Beberapa penyokong bukan melayu dari Kelab Penyokong Pakatan Rakyat PAS sedang giat menyiapkan material untuk perarakan 'protes' yang dimulakan dari Pejabat PAS Bagan Serai, 800 meter menuju ke Pejabat Hj. Mohsin Tempirai.

9.50 am
Jentera dan penyokong serta Media siap siaga menunggu masa dari Ketua Cabang Keadilan, Tan Kuda untuk bergerak secara aman ke pejabat Keadilan.

Ketua Cabang Keadilan, Tan Kuda memberi ucapan ringkas kepada penyokong dan pengundi yang hadir 'protes' pagi tadi di Bandar Bagan Serai. Laungan 'Mohsin Pengkhianat' bergema dilaung penyokong.


10.00 am - Demo 'aman' protes Hj. Mohsin yang diiringi lebih kurang 500 pengundi beliau mula bergerak ke Pejabat Keadilan. Lagi foto dibawah.

'Kulaan TIPU Kulaan'. Apa macam Haji !!

Demo Protes yang dianjurkan oleh AMK dan Pemuda PAS Bagan Serai berlangsung aman. Dalam ucapan akhir di hadapan bangunan Keadilan pagi tadi, satu program solat hajat akan mula dilakukan mulai malam ini di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Malaysiakini melaporkan pula - Ahli parlimen PKR, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari supaya mengosongkan kerusi Bagan Serai ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Lagi foto perarakan 'protes' untuk tatapan pembaca albanjari. Kelihatan YB Yunos dan beberapa pimpinan Keadilan Cabang berjalan kaki menuju ke pejabat Hj. Mohsin Tempirai.

" Lepaskan Jawatan kami sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai.."

Berita seterusnya akan menyusul..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails