BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, March 5, 2010

kebakaran...

Rumah -Kereta Terbakar Hangus


Batu 2 1/2 Jalan taiping DUN Changkat Jering.Sebuah rumah didiami sepasang wargamas dan sebuah kereta hangus dalam kebakaran malam tadi sekitar jam 12.15 malam.

Pusat khidmat Ahli Parlimen yang mendapat maklumat sekitar jam 12.40 malam bergegas ketempat kejadian.Pihak Bomba berjaya memadamkan api dan mengelak dari merebak kerumah-rumah yang berdekatan.Sebuah kereta VIVA turut hangus dalam kebakaran itu.

Saya bersama YB Pokok Assam membawa mangsa kebakaran ke Dewan berhampiran untuk penempatan sementra dimana suami wanita dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana melecur dibahu apabila beliau cuba menyelamatkan harta benda.

Malangnya dewan tidak boleh dimasuki kerana pintu dewan dikunci.Walaupun kita melihat terdapat beberapa orang pimpinan UMNO Bukit Gantang turut melihat kejadian kebakaran itu.
Pimpinan Umno ralit sembangan saja,tanpa mempedulikan mangsa kebakaran ...


Kereta Viva terbakar hangus.

Dewan orang ramai yang dikunci,sehingga memaksa Mak Cik terpaksa menunggu sehingga 1 jam sebelum ditempatkan buat sementara di dewan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails