BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, March 7, 2010

Sihitam Legam..buat hal pulak..

apalahal orang nak bunuh hang....nama nallakruppan=sihitam yang baik..,ada apa-apa isu nak bawa ke wahai nalla???.....tak habis-habis dengan heavy drama teligu hang oii nalla.nanti ada pulak orang ugut nak LIWAT hang jag jaga.....!?

jgn takut polis kita yg tercekap akan lakukan sisatan sepantas kilat...fahamno...?

Nalakaruppan Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ugutan Bunuh
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nalakaruppan membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang dikenali.

Nalakaruppan yang ditemani bekas setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Nazmi Rosli membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada kira-kira pukul 9 malam Sabtu.

"Saya terima panggilan pertama (melalui telefon bimbit) semalam pada pukul 5 pagi tetapi saya tidak mengangkatnya. Pada pukul 12.30 tengah hari saya terima panggilan yang sama...saya angkat dengar suara orang marah-marah dan saya terus mematikanpanggilan itu.

"Dia ugut saya dengan keluarga saya. Dia cakap akan hantar peluru ke rumah saya dan akan bunuh saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails