apa macam mau test market kat DUN tenang ke...?
Demo bantah Khusrin di Putrajaya
Dilaporkan sebentar tadi bahawa hampir 70 orang penyokong dan pemimpin pemuda dari parti-parti di bawah Pakatan Rakyat (PR) berhimpun di hadapan pejabat Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya untuk menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan sebagai membantah perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.
Majlis perhimpunan bantahan itu dimulakan di hadapan masjid Putrajaya bermula jam 10.30 pagi. Bantahan telah diketuai oleh ketua pemuda PKR Selangor, Khairul Anwar Zainuddin. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee turut hadir bersama.
Khairul di dalam kenyataannya sebentar tadi merasakan sangat kecewa dengan tindakan Sidek yang dilihat sebagai memperlekeh-lekehkan urusan pentadbiran negeri Selangor.
Sepanjang bantahan secara aman dan perarakan berjalan menuju ke Jabatan Perdana Menteri, pihak polis berkawal dengan rapi. Pihak polis membenarkan hanya tiga wakil daripada mereka memasuki ke bangunan JPM tersebut. Namun begitu, pihak polis merampas satu kain rentang yang menunjukkan pangkah di muka Khusrin.
Sepanjang bantahan hampir setengah jam itu mereka meneriak laungan ”reformasi” , ”tolak Khusrin” dan banyak lagi semasa berarak ke JPM.
Mereka turut membawa bersama-sama buku mengenai undang-undang tubuh kerajaan Selangor untuk diserahkan kepada Sidek. Memorandum bersama-sama buku itu diterima daripada pembantu peribadi kepada Sidek, Rosli Laji di bangunan JPM.-KLToday.com
No comments:
Post a Comment