BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, January 8, 2011

Berapa Pulak masyuknya si Aduka ini..?hi hi hi

Blogger dipukul cuba temuramah Hadi

Posted by admin on January 8th, 2011

Seorang penulis blog dari Kelantan mendakwa dirinya telah dipukul dan ditahan tanpa kerelaan di sebuah masjid di Rusila, Terengganu pada hari Jumaat lepas apabila cuba untuk menemuramah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Gambar: Blogger sebelah kiri ketika ditahan dan ditarbiyahkan oleh seorang penduduk di situ.

Penulis blog berkenaan dengan nama penanya Aduka Taruna dan nama betulnya, Khairul Nizam Abdul Ghani menulis di dalam blognya memberitahu sekumpulan orang ramai merampas telefon bimbitnya dan menahannya tanpa rela di dalam sebuah bilik di tingkat satu di Rusila, Marang hampir sejam.

Beliau mendakwa beliau dipukul curi oleh beberapa individu dan akibatnya selepas mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik kesihatan di Pengkalan Chepa, telinga beliau luka sehingga mengeluarkan sejenis cecair, matanya menjadi rabun dan dinasihatkan memakai alat menyokong leher.

Beliau akhirnya berjaya membuat satu laporan polis di Marang pada hari yang sama dengan memberitahu bahawa beliau cuba menemuramah Hadi tetapi ditolak dengan alasan Hadi yang mempunyai perkara lain yang perlu dilakukan selepas solat Jumaat kelmarin.

Di dalam blognya yang disifatkan sebagai ‘bebas’ juga, Aduka menceritakan keadaan apabila ditahan di tingkat 1 masjid berkenaan, beliau telah di’tarbiyah’kan oleh seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai Wahab (didakwa seperti di dalam gambar di atas memakai kopiah hitam) yang disifatkan sebagai ekstremis dan memberi amaran kepada Khairul supaya tidak mengganggu Hadi kerana penulis itu akan masuk neraka kerana mengganggu ulama besar seperti Hadi.

Sementara itu, Cif CID negeri K. Manoharan mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan laporan tersebut sedang disiasat.

Pihak Hadi yang dihubungi untuk memberikan penjelasan mengenai perkara ini masih gagal berbuat demikian. –KLToday.com

1 comment:

Anonymous said...

ahhahahahahahaha kepala budak ni dah kena jangkitan !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails