BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, January 8, 2011

eloknya buat DEMO..

SEELOKNYA..Pakat ramai..Buat Demo dan desak Rais disiasat dan jika didapati tiada sebarang kes..baru boleh dibersihkan nama...takkan itu pun nak diajar melayu ni..kan Perkasa rajin buat demo ..cam aritu..usung kepala Lembu..yang ini elok usung kepala peliar

Agensi pekerja asing makin sukar dapatkan amah Indonesia
Khairil Abd Rahim

TEMERLOH, 7 Jan:Sebuah agensi membekalkan pembantu rumah dari Indonesia mendakwa pihaknya semakin sukar untuk mendapatkan tenaga kerja daripada negara tersebut sekali gus menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Pengurus agensi terbabit yang berdaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Malaysia (PAPA) mendakwa, ini disebabkan negara Indonesia telah memberhentikan penghantaran warga negara mereka sedangkan permintaan untuk amah bertambah banyak.

Beliau yang enggan memperkenalkan namanya kerana bimbang di’blacklist’ berkata, faktor utama kesukaran mendapatkan pembantu rumh dari negara jiran itu ekoran isu-isu negatif yang timbul sebelum ini melibatkan amah Indonesia seperti penderaan seksual dan fizikal sehingga menyebabkan kematian.

Malah beliau percaya isu seorang menteri yang dikatakan merogol pembantu rumah yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini semakin menambahkan lagi kesukaran mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.

“Kes menteri rogol amah yang disebarkan ini telah menjejaskan perniagaan kami membawa amah ke negara ini kerana sekatan pemerintah dan sudah berkurangan warga Indonesia yang berminat untuk berkhidmat di sini sejak kes ini tersebar di negara itu.

“Ini ditambah lagi pelbagai kes jenayah seperti pembunuhan, penderaan dan penipuan oleh majikan," katanya.

Sehubungan itu beliau berharap kes yang melibatkan pembantu rumah ini khusunya yan dikaitkan dengan nama seorang menteri diselesaikan segera mengikut perundangan bagi memulihkan kepercayaan rakyat Indonesia yang berminat untuk berkhidmat di sini sebagai amah,” jelasnya.

Beliau yang sudah 11 tahun menjalankan perniagaan dialam bidang membekalkan amah untuk pelanggannya di sekitar pantai timur berkata, pernah amah yang dibekalkan syarikatnya sendiri menjadi mangsa rogol majikan.

“Ketika isteri majikan tersebut bekerja shif di waktu malam amah tersebut menjadi mangsa rogol majikannya beberapa kali. Kemudian apabila majikan tersebut takut rahsia tersebut diketahui isterinya beliau segera menghantar balik amah tadi secara mendadak dan dibayar pampasan selama setahun dan kes itu terus didiamkan,” katanya.

Beliau menambah, PAPA sepatutnya turut mengambil berat kes kriminal ini yang dilakukan menteri agar kemudian hari tidak lagi terjadi seperti ini yang mana akan mencemarkan imej serta menggugat perniagaan syarikat-syarikat di bawahnya.

Baru-baru ini WikiLeaks mendedahkan seorang menteri di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah merogol seorang amah warga Indonesianya. Peristiwa tersebut dikatakan berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Sementara itu di Indonesia sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care telah menemuramah amah berkenaan dan telah mendedahkannya di akhbar-akhbar di negara itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails