BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 9, 2011

Kemalangan...Jgn pulak nanti siasatan....cikgu diKantin sekolah..nyah kau

GOH... cedera di kepala.
GOH... cedera di kepala.

TAIPING: Sekumpulan 40 pengakap dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Hua Lian, di sini yang menyiapkan kemudahan latihan ‘flying fox’ di pekarangan sekolah tergamam selepas seorang rakan mereka maut sebaik terkena takal iaitu sejenis alat membina kemudahan itu, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, pelajar lelaki, Goh Swee Khim, 14, maut di tempat kejadian selepas kepalanya terkena alat berkenaan ketika menyertai program perkhemahan pengakap di sekolahnya.


Bapa mangsa, Goh Cheah Wah, 44, yang ditemui di pekarangan Hospital Taiping (HT) semalam berkata, dia menerima panggilan daripada rakan anaknya kira-kira jam 6.30 pagi semalam yang memaklumkan mengenai kejadian itu menerusi telefon bimbit anaknya.

Katanya, rakan anaknya menghubunginya dan memberitahu anaknya maut selepas terkena takal dan cedera parah di kepala.


“Seketika kemudian, beberapa rakan anak saya yang juga pengakap datang mengunjungi saya di kedai dan memaklumkan perkara sama,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Pengakap maut

Beliau berkata, ketika kejadian, sekumpulan pengakap yang juga pelajar sekolah berkenaan menyiapkan kemudahan aktiviti ‘flying fox’ di sebuah gelanggang bola keranjang.


“Bagaimanapun, ketika memasang dan meluruskan kabel bagi aktiviti itu, kabel digunakan untuk membina kemudahan itu terputus, menyebabkan takal melantun sebelum mengenai kepala mangsa.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dibawa ke HT untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Katanya, pihaknya juga mengesahkan kejadian itu kemalangan biasa dan tiada unsur jenayah. Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails