BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 9, 2011

Rosakkkkkkkkkkkkkkkkkkk

isteri perdanaMenteri dah jadi wakil K`jaan ..jaga koorang ..silap ada yg terpelantin..dengan hasrat melahirkan intelektual ISLAM..ah ha haha..sendiri pun taktahu apa itu islam nak jadi penanung..ha ha ha..mampusssss.

gambar :Islam ke mengajar ini..berpegang tangan dengan suami org..ha ha..atau Islam memberi kelonggaran kerana Pimpinan UMNO..ha haha..ada hati nak lahirkan Intelektual Islam..ha ha ha..lahir anak haram reramai ok gak..

Rosmah Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Tiga Hari

Daripada Nor Hasliza Abdullah

RIYADH, 9 Jan (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini Sabtu untuk memulakan lawatan tiga hari ke Arab Saudi.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 6.15 petang waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia) disambut oleh Naib Menteri Pendidikan Arab Saudi Dr Khaled Abdullah Al-Sabti.

Delegasi beliau turut disertai dua Naib Canselor wanita iaitu Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Datuk Prof Dr Aminah Ayob (Universiti Pendidikan Sultan Idris) serta 10 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Rosmah dijadual menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di sini pada Ahad.

Persidangan anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi di bawah naungan Raja Abdullah Abdulaziz al-Saud itu bertujuan membangunkan perkongsian kemasyarakatan antara organisasi kerajaan, sektor awam dan swasta bagi menyokong TQM dalam Pendidikan K-12.

Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara turut dijadual menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan King Abdulaziz and His Companions Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

MoU itu akan membolehkan USIM dan Mawhiba terus membangunkan kurikulum program Permata Insan bagi melahirkan intelektual Islam yang cemerlang.

Isteri Perdana Menteri juga dijangka mengunjungi universiti untuk wanita iaitu Universiti Puteri Noura Abdul Rahman dan Sekolah Pintar Riyadh sebelum mengakhiri lawatannya.

Beliau dijadual berlepas pulang ke tanah air Isnin ini.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails