BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, January 8, 2011

Soal harga Kelapa tinggi wa tak heran..sebab mmg pokoknya tinggi ..

ini apa cerita sayur kangkung harga sampai terkangkang..dulu sekilo rm2.5 sekarang rm4..apa halalak..?sayur merayap aje..bawang yg malu malu dlm tanah pun dulu rm 2.8 leni rm 4.2 itu pun payah nak dapat...Tapi Menteri yg tinggi IQ kata India banjir..saltu mahal...ha ha ha..menteri bila kena mentara wang..dah jadi OTC(Otak Tak Centre).

Penanut Hindu terpaksa bayar lebih untuk kelapa pada Thaipusam

January 08, 2011

GEORGE TOWN, 8 Jan – Penganut Hindu yang mahu menunaikan nazar kepada Dewa Murugan dengan memecahkan ratusan biji kelapa pada sambutan Thaipusam pada 20 Jan ini terpaksa membayar lebih untuk komoditi itu.

Harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik 30 sen kerana kekurangan bekalan di seluruh negara akibat cuaca hujan dan permintaan tinggi semasa musim perayaan.

P. Sarasvathy, 52, seorang pemborong kelapa di sini, berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali menjual pada harga RM1.50 sen sebiji berbanding RM1.20 sebelum ini.

Oleh kerana kekurangan bekalan, katanya, beliau hanya memperoleh 35,000 biji kelapa untuk perayaan Thaipusam tahun ini berbanding 300,000 tahun lepas.

“Kami mendapatkan bekalan kelapa dari ladang sendiri di Kuala Bernam dan Sungai Bernam di Perak tetapi sejak Ogos lepas, bekalan telah merosot,” katanya kepada Bernama di kedainya di Lorong Abu Siti, di sini, hari ini.

Sarasvathy, yang memiliki empat buah kedai di negeri ini, berkata beliau dan suaminya terpaksa mengimport kelapa dari Indonesia bagi memenuhi permintaan penganut Hindu.

“Setakat ini, kami menerima tempahan 20,000 biji kelapa dan hanya mampu memenuhi permintaan itu selepas mengimport dari Indonesia,” katanya, sambil menjelaskan bayaran tambahan 10 sen sebiji akan dikenakan kepada bekalan dari negara jiran itu.

Seorang lagi pemborong dan peruncit kelapa, M. Joel Jeyachandran, 25, bekata ramai peniaga bimbang tidak dapat memenuhi permintaan tinggi semasa Thaipusam.

Katanya kekurangan bekalan komoditi itu adalah disebabkan penutupan sebuah ladang kelapa di Pantai Remis, Perak, dan ditanam dengan kelapa sawit.

“Tahun lepas, kita mampu mendapat 40,000 biji kelapa dan kami bernasib baik mendapat separuh daripada jumlah itu tahun ini dari ladang di Bagan Dato dan Kuala Bernam, Perak,” katanya.

Beliau meminta penganut supaya membuat tempahan awal kali ini.

Tinjauan Bernama di beberapa premis menjual kelapa di bandar raya ini mendapati pemborong bersedia dengan bekalan stok kelapa khususnya kepada penganut yang membuat tempahan awal.

Adalah menjadi tradisi untuk penganut Hindu menunaikan hajat dengan memecahkan ribuan biji kelapa semasa perarakan arca Dewa Murugan dari Kuil Kovil Veedu di Lebuh Penang ke Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Air Terjun.

Ritual itu akan berulang ketika perarakan arca itu kembali ke Lebuh Penang. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails