BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, May 9, 2011

Polis Baik....di Pahang..wooow Tahniah..kerana menjalankan Kewajipan secara adil

Polis baik' benarkan perhimpunan anti-Lynas Dalam kemeriahan sambutan Hari Ibu, kira-kira 1,000 orang berkumpulan di pusat perindustrian Gebeng, dekat Kuantan semalam bagi membantah pembinaan kilang nadir bumi bernilai RM700 juta.

Kumpulan itu, kebanyakannya golongan ibu, berkumpul di pantai Teluk Cempedak hanya diperhatikan tanpa gangguan daripada pihak polis.

Mereka jelas menyatakan tujuan tidak mahu kilang itu dinina dekat rumah mereka.

Pengerusi 'Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas' Vincent Jiam ketika dihubungi Malaysiakini berkata perhimpunan itu "berjalan dengan baik".

Keadaannnya tenang dengan orang ramai, kelihatan umpama berkelah dan berbual-bual sesama sendiri.

"Mereka nyalakan lilin, dan turut menyanyi bersama-sama," katanya.

Jawatankuasa itu mengedarkan 1,000 kuntum bunga, termasuk bunga kekwa untuk membangkitkan kesedaran bahawa radiasi daripada kilang nadir bumi boleh menjejaskan anak dalam kandungan.

Jiam berkata, kira-kira 20 anggota polis, diketuai Ketua Polis Daerah Mohd Jasmani Yusof bagaimanapun cuba melarang orang ramai menyalakan lilin dan menjual kemeja-t bertulis "Save Malaysia" (selamatkan Malaysia).

"Tetapi bila dia beredar, orang jual balik," kata Jiam.

"Anggota polis amat baik dengan kami. Kami tahu mereka tidak boleh keluarkan kenyataan rasmi, tetapi kami faham apa yang mereka lakukan."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails