berapa banyak kes yang berjaya diselesaikan melalui inkues..?asyik gagal dan tidak pasti aje..sooo kenapa perlu dibazirkan wang rakyat kalau sejak akhir akhir ini semakin tak berkesan Inkues ini..?
Inkues gagal cari penembak Ramli
|
|
TUMPAT - Mahkamah Koroner di sini semalam memutuskan kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad pada 1 Mei 2010 sebagai penghakiman terbuka kerana tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.
Semasa membaca keputusan itu, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat berkata, keterangan yang diperolehi sepanjang inkues bermula pada 10 Januari lepas tidak dapat menentukan siapa pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.
"Sepanjang inkues dijalankan, tidak ada keterangan daripada saksi-saksi yang melihat kejadian tembak berlaku dan tidak ada bukti yang menunjukkan siapa pelakunya sehingga menyebabkan kematian mangsa.
"Berdasarkan keterangan saksi dan pemerhatian, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes penghakiman terbuka di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan," kata beliau.
No comments:
Post a Comment