tunggu ..tak lama dah..akan terbongkar..patut sejak akhir akhir ini Media 3/4 dimalaysia aktif dengan fitnah dan pembohongan untuk mengalihkan tumpuan rakyat....binawe tul
Lagi rasuah Scorpene RM32.5j dibongkar
Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael. Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu. “Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.
“Jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi,” katanya.
Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini.
Cynthia berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.
“Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu.
Baru-baru ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.
Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak , Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.
Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.
Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.
No comments:
Post a Comment