BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, May 6, 2011

Minattttttttttttt.......11

hi hi hi minat 11 jangan sampai jadi satu keranda 2 mayat...hi hi hi

Najib, angka 11, dan tarikh pilihan raya

06/05/2011 3:41pm

KUALA LUMPUR 6 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata, ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata, demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata, tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya “untuk mengisi masa terluang”.

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini,” katanya. - Bernama

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails