ini bukannya amalan atau praktik baru dari pihak polis..dah berbelas kes berlaku tanpa bukti..cuma sahabat handai dan kawan terdekat yang mengetahui ..kerana kekurangan bukti akhirnya dilupakan..tapi soalnya kenapa perkara seumpama ini semakin hari semakin menjadi..?dimana silapnya Polis..?atau Pemerentah..?sudah tentu pemerentah yang membawa contoh buruk dan penguatkuasaan yang tidak adil....siapa nak tangkap siapa..?hampir semua kakitangan dan Pimpinan yang berkuasa telah dan sedang melakukannya ..yang menjadi mangsa adalah RAKYAT.....Undang undang dicipta tapi yang melanggarinya adalah orang yang berkuasa...yang dijadikan kambing hitam adalah rakyat...kenapa masih ramai lagi rakyat yang menggong tak sedar yang diri mereka dijadikan alat pemuas nafsu pimpinan yang berkuasa.....ayoooh hancur dan tumbangkan UMNOBN....yang terbaik berikan parti lain kuasa memerentah..selepasa 5 tahun jika tidak telus dan effisyen tukar lagi...rakyat kena buat amalan tukar.. tukar kerjaan ....baru rakyat digeruni oleh mana-mana pemimpin yang bakal berkuasa..
ini dah sampai nak uban penuh satu kepala 53 tahun masih lagi setia dan taat..walau berlaku banyak kezaliman didepan mata...
Keluarga tahanan EO ditipu RM13,000
ini dah sampai nak uban penuh satu kepala 53 tahun masih lagi setia dan taat..walau berlaku banyak kezaliman didepan mata...
Keluarga tahanan EO ditipu RM13,000
Kedua-dua adik beradik itu diheret dari katil mereka oleh kira-kira enam anggota polis dari rumah mereka pada jam 4 pagi awal Mac lalu dan ditahan.
Keluarga mereka diberitahu mereka dibawa untuk siasatan dan tiada butiran dakwaan yang diberikan.
Kira-kira dua minggu kemudian selepas tahanan iti, iaitu pada 24 Mac, keluarga tersebut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Zulkifli dari balai polis Rawang.
Lelaki itu menuntut bayaran RM30,000 jika keluarga itu mahu menyaksikan adik beradik itu dibebaskan. Memandangkan mereka adalah keluarga golongan pertengahan dan tidak mampu jumlah berkenaan, kedua-dua pihak berunding dan jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM13,000.
“Saya tidak tahu kita boleh tawar menawar dengan polis. Pada mulanya saya sangka ia adalah rasuah, tetapi lelaki itu mendakwa wang itu adalah untuk jaminan polis dan mesti dimasukkan ke dalam akaun.
“Saya fikir ini perkara baru dan terus memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank,” kata abang sulungnya, Moha Mohd Ali pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Wang berkenaan kemudiannya dimasukkan ke akaun bernombor 1463 000 888 6525 bank CIMB cawangan Rawang yang dimiliki Ponnan Subramaniam, sepertin yang diarahkan.
Moha kemudiannya menghubungi 'Inspektor Zulkifli', yang memaklumkan kepadanya supaya datang ke balai polis keesokan harinya untuk membawa pulang adik-adiknya.
Keluarga tersebut mengunjungi balai polis di Rawang pada hari berikutnya dan terkejut apabila diberitahu bahawa tidak ada pegawai bernama 'Inspektor Zulklifi' di balai itu dan tiada sebarang arahan untuk melepaskan kedua-dua adik beradik itu.
“Saya sedar saya telah ditipu dan kami membuat laporan polis,” kata Moha.
Adiknya, Rohana Mohamed Ali kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama di balai polis Selayang.
Jurucakap Lawyers For Liberty Fadiah Nadwa Fikri,yang juga hadir pada sidang akhbar ini mendakwa pihak polis terbabit memeras ugut wang daripada keluarga yang ahli mereka ditahan mengikut EO.
“Dengan ini, kita boleh simpulkan mereka adalah anggota polis. Mereka gunakan EO untuk peras ugut wang daripada keluarga mangsa,”
katanya.
No comments:
Post a Comment