ELOK SANGAT LE TU....KALAU TAK BAYAR DENDA ..KALAU DEGIL RAMPAS AJR TANAH..MINTA BUKA BANGUNAN G LETAK KAT PEJABAT UMNO......Jenis tak sedar diri..digaji untuk menjadi NC diuniversiti tapi dok sibok menjadi dalang politik UMNO....
UUM diarah bayar RM1.7 juta sebelum 2 Jun
BALING – Kerajaan negeri Kedah semalam menolak rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung penyambungan pemberian rebat cukai tanah di kampus universiti itu di Sintok atas alasan ia masih rendah berbanding cukai di universiti-universiti lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, UUM diberi masa sehingga 1 Jun ini untuk menjelaskan cukai sebanyak RM1.7 juta atau didenda RM91,000.
“Jika tidak bayar, kerajaan negeri boleh rampas tanah (kampus UUM),” katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil di sini kelmarin.
Menurut Azizan, Pejabat Galian dan Tanah (PTG) tidak menyambung pemberian rebat cukai tanah untuk tempoh lima tahun lagi kerana ia akan menyebabkan kerajaan negeri kerugian kira-kira RM8 juta.
Menurut beliau, cukai yang dikenakan terhadap UUM iaitu 20 sen untuk satu meter persegi adalah rendah berbanding di Universiti Sains Malaysia iaitu RM2.50 dan 50 sen bagi Universiti Teknologi Mara di Merbok dekat sini.
Kosmo! pada 19 April lalu melaporkan UUM terpaksa menanggung bayaran cukai tanah yang tinggi sejak tahun 2008 berikutan tindakan kerajaan negeri tidak melanjutkan rebat yang diberikan selama dua tahun mulai 2006.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak kesal dan terkilan dengan keputusan tersebut kerana kerajaan negeri seolah-olah tidak menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.
Namun pihaknya tiada pilihan selain menjelaskan bayaran dan jika boleh, ia dibuat secara ansuran.
“Kami terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.
“Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment