Najib berbasikal membeli nasi lemak
Antara pengalaman itu termasuk menunggang basikal untuk membeli makanan kegemarannya iaitu nasik lemak.
Katanya, beliau berbasikal dari rumahnya berdekatan Hospital Tanglin untuk membeli nasi lemak yang berharga antara 30 hingga 50 sen pada masa itu.
Ironinya perdana menteri tidak benar-benar menjawab soalan yang diajukan oleh dejay sama ada beliau pernah menggunakan pengangkutan awam.
Soalan itu timbul apabila Najib pada program temu bual selama sejam itu, juga diajukan soalan mengenai pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam sejak dilancarkan tahun lalu.
Beliau berkata ia telah menampakkan peningkatan daripada segi kemudahan yang disediakan, dan perubahan lebih ketara hanya akan dapat dilihat dalam masa dua hingga tiga tahun lagi.
Ketika itu, DJ berkenaan bertanyakan kepada perdana menteri sama ada beliiau pernah menggunakan pengangkutan awam sebelum ini.
Najib tidak menjawab secara langsung tetapi sebaliknya menceritakan pengalamanya menunggang basikal membeli nasi lemak.
"Ia agak jauh, kadang kala saya pergi bersendirian, kadang kala saya pergi dengan adik saya," katanya.
Program yang dihoskan juruhebah (DJ) Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran itu turut disiar secara langsung menerusi stesen televisyen 8TV.
No comments:
Post a Comment