BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, January 9, 2010

Tahab kebanganan UMNO..

UMNO Kedah bidas sikap Kerajaan Negeri

masaalah disini siapa yang selalu menyalahkan Pakatan rakyat tak lain tak bukan UMNO poyo..dah kata tak pandai tadbir..habis semua media dan kakitangan jadi bahlol dan dibahlolkan..tak sedar diri..gaji yg dok buat belanja utk keluarga adalah datangnya dari hasil penat-lelah rakyat..tapi buat juga kerja bodoh untuk umno mengentam dan memperlecihkan k`jaan PR...untuk nak cover balik dah terpaksa PR jawab balik ...punca asaLNYA datang dari UBN bahlol..takkkan jawab balik pun tak boleh..habis semua media rtm,tv tiga suku 4 suku dan sewaktu dgn nya menjadi talibarut...tanpa ada kesedaraan langsung yg dok bagi mkn anak bini itu pakai duit rakyat..hasil penat-lelah duit rakyat..aku takkan halalakan walau pun satu sen utk kaum puak ini..akan ku tuntut diakhirat kelak..jaga hangpa...sitalibarut UBN...dan sewaktu dgnnya..


ALOR SETAR: - UMNO Kedah membidas sikap Kerajaan Negeri pimpinan Pas kerana gemar menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu berhubung masalah rakyat, terutama membabitkan bekalan dan tekanan air rendah.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti pembekalan air dan bukannya menyalahkan pihak lain kerana perbuatan itu tidak memberi sebarang manfaat.


“Isu yang harus diberi keutamaan ialah masalah ketiadaan bekalan air dan tekanan rendah di beberapa kawasan, namun sehingga kini tiada tindakan dibuat bagi mengatasi masalah ini. Rakyat mahu melihat apa bentuk tindakan yang diambil dan hasilnya, dengan memastikan bekalan air tidak lagi terputus dan tekanan air tinggi,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Ir Nawawi berkata, sejak Pas memerintah Kedah, Kerajaan Negeri itu menuding jari kepada pentadbiran sebelumnya setiap kali rakyat mengemukakan masalah.

“Saya harap berhentilah menyalahkan pihak lain dan jadilah kerajaan yang bertanggung jawab dengan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya, mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kelmarin, yang menyalahkan kerajaan BN yang memerintah Kedah sebelum ini sebagai punca kepada masalah bekalan air yang dihadapi rakyat kini.

Ir Nawawi yang pernah memegang jawatan Exco Kerja Raya dari awal 2006 hingga Mac 2008 berkata, sekiranya diteliti rekod sepanjang 50 tahun pentadbiran BN, ia berjaya menyalurkan bekalan air kepada 99 peratus penduduk negeri ini.

“Ketika Pas ambil alih pentadbiran, kita telah serahkan kepada mereka dengan 99 peratus penduduk telah ada bekalan air paip, " katanya.

Menurutnya, dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM630 juta bagi projek berkaitan bekalan air di Kedah.




2 comments:

Anonymous said...

kesiannya, ejaan mu salam le bro.....wat malu aje

bijan said...

he he he aku bukan nak ambil exam..walau apa pun tq kerana teguran..aku taip dlm malap..malu kerana ejaan..emmmm.malu lagi kalau bagi duit haram kat anak bini..tq sekali lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails