ahhhh..ingat..dah selesai..jangan buat-buat lupa pulak..injin hilang..laporan dari raja petra..harga gula dan banyak lagi...
Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS.
KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada
semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk
mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan
mendapat sokongan rakyat.
Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan,
Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan
Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.
Bagaimanapun
PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama
seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa
untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
"Walau
demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan
setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara
keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.
PAS
turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama
Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi
seperti Kristian dan Yahudi.
Namun, penggunaannya secara salah
dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi
isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Sehubungan
itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan
provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan
ketegangan masyarakat di negara ini.
"PAS dengan segala rasa
penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua
pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip
keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh
Islam," katanya lagi..
Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan
Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib
Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha,
Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.
Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.
Khamis
lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar
mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah
sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.
(Gambar: Antara pemimpin PAS yang menyertai sidang media isu penggunaan kalimah Allah di pejabat Agung PAS malam tadi)
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu
Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan
tersebut.
Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada
pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak
membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis
Kristian itu.
Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat
India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS) dan Belia 4B.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah
disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.
KENYATAAN PENUH
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :
PAS
sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama
seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh
dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan
sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun
demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan
setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara
keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia
wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa
berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya
adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan
Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara
salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak
menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam
negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya
tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan
politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran
telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah,
sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah:
Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan)
yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita
sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun
dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti
pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.
PAS dengan
tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif
jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan
masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia
untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana
yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang
termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010
No comments:
Post a Comment