boleh saman aje.....
Keluarga Teoh Beng Hock akan memfailkan permohonan untuk mendakwa
pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raub Ghani,
sebagai menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap pakar
patologi Dr Pornthip Rojasunand.
Menurut peguam mereka, Gobind Singh Deo, permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Majistret Shah Alam lewat hari ini.
Pada
1 Januari lalu, Raub dan seorang lagi pegawai SPRM, Hisham Mohd Yusoff
membuat dua laporan polis terhadap Pornthip dan akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan.
Laporan tersebut adalah mengenai satu artikel yang mendakwa bahawa Pornthip telah mengesahkan bahawa Teoh telah dibunuh.
Pada
16 Julai tahun lalu, Teoh, 30 - setiausaha politik exco kerajaan
Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam
di Shah Alam, selepas memberi kenyataan sebagai saksi berhubung dakwaan
salahguna peruntukan untuk ADUN di Selangor, di pejabat SPRM di tingkat
14 bangunanyang sama.
No comments:
Post a Comment