PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz
Omar petang tadi melahirkan rasa bimbang sekiranya pengeboman Gereja
Metro Tabelnacle serta tiga yang lain malam tadi merupakan isyarat
awal pada berlakunya ‘Operasi Lalang’ yang kedua.
“Operasi
Lalang suatu ketika dulu menyaksikan sentimen Melayu begitu kuat
sehingga ada pihak menyeru supaya orang-orang Melayu bersenjata ke
Kuala Lumpur untuk membunuh orang-orang Cina,” jelasnya ketika
dihubungi Harakahdaily.
“Perhimpunan tersebut akhirnya tidak
berlaku, tetapi beberapa pemimpin pembangkang pula ada (yang) ditangkap
(oleh Kerajaan) atas nama menjaga keselamatan negara.
“(sedangkan)
pemimpin- pemimpin tertentu dalam Umno (dan) BN yang menjadi punca
tercetusnya (Operasi Lalang) itu selamat (tidak ditangkap) dan lari
(keluar negara)...sebab itu saya bimbang kalau-kalau ini isyarat
berlaku (Operasi Lalang) yang kedua,” terang Mahfuz.
Menganggap
Operasi Lalang sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu pada 1987 yang
lalu, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa ada ‘tangan ghaib’
yang sengaja mengobom Geraja Metro Tabelnacle, Kuala Lumpur 12 jam yang
lalu demi mencetuskan suasana tidak tenteram.
Beliau yang juga
Ahli Parlimen Pokok Sena turut menyeru umat Islam supaya lebih
berhati-hati dengan provokasi ‘tangan ghaib’ tersebut.
“Kita
(PAS) tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi saya menyeru seluruh rakyat
Malaysia tidak kira orang Islam atau bukan (Islam) (supaya) lebih
berhati-hati kalau ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang sengaja mencetuskan
provokasi (berkaitan) isu ini untuk kepentingan politik mereka,”
katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut meragui
keikhlasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membiarkan media massa arus
perdana mendidik emosi rakyat secara tidak sihat.
“Saya begitu
meragui apabilan KDN tidakpun mengenakan tindakan yang tegas ke atas
beberapa media arus perdana yang saya lihat seolah-olah mereka ini
melaporkan isu ini (guna nama Allah) dalam rupa yang cukup negatif
sehingga membawa suatu suasana saling membenci dan berprasangka antara
satu sama lain,” jelasnya.
Sebelum ini, beliau turut menyalahkan kerajaan dan mahkamah kerana tidak mempercepat perbicaraan kes tersebut.
Dalam
perkembangan berkaitan, Naib Presiden Salahuddin Ayub turut mengutuk
tindakan mengebom geraja tersebut kerana tidak menepati syariat Islam.
Bagi
beliau, ‘Wacana Ilmiah’ sebagaimana yang ditunjukkan oleh para Anbiya’,
Sahabat kepada Rasulullah s.a.w serta cendekiawan Islam terdahulu
merupakan pendekatan sewajarnya untuk mendepani budaya orang bukan
Islam berminat menggunakan Allah dalam keagamaan mereka.
No comments:
Post a Comment