Pegawai SPRM kena tindakan hina mahkamah
Mahkamah Koroner Shah Alam, yang mendengar inkues punca kematian Teoh
Beng Hock, mengarahkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Koroner
Azmil Muntapha Abas memerintahkan prosiding tersebut terhadap pegawai
SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Raub Ghani, didengar pada 15 Januari
ini.
Pada 1 Januari lalu, pegawai itu membuat aduan polis agar
pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, disiasat kerana
disyaki membocorkan maklumat laporan bedah siasat kedua, 22 November
lalu, kepada pihak tidak sewajarnya.
Aduan polis dibuat susulan penerbitan berita 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh' di akhbar rasmi PKR Suara Keadilan edisi 29 Disember - 5 Januari yang menyimpulkan bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati dibunuh.
Dr
Pornthip, yang dilantik oleh kerajaan Selangor, kemudian dilaporkan
enggan memberikan keterangan pada inkues tersebut kerana bimbang
berdepan tindakan tersebut.
Permohonan terhadap Raub dibuat oleh
peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, kedua-duanya mewakili
keluarga Teoh, dalam prosiding inkues yang bersambung pagi ini.
Teoh
ditemui mati dekat pejabat SPRM di Shah Alam, 16 Julai tahun lalu -
kematian yang menjadi kontroversi politik terhangat tahun lalu sehingga
kerajaan mengarahkan inkues tersebut diadakan dan penubuhan suruhanjaya
diraja menyiasat tatacara siasatan SPRM
1 comment:
salam,
Tindakan bodoh..Pegawai bodoh...bodo..tak tau undang-undang..pangkat saja tinggi..menghabiskan bogheh..gigit telinga tak main la kalau gentleman..
Post a Comment