BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 3, 2010

Berhati hati dgn perangkap dipasang.. UMNO..

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Semua pihak diminta tidak terlalu ghairah mengemukakan pandangan masing-masing mengenai keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kepelbagaian pendapat yang disuarakan itu dikhuatiri mampu menghilangkan keharmonian masyarakat di negara ini.

"Sedangkan isu ini bukan isu baru...isu ini sudah lama. Oleh itu kita sabar dahulu dan tunggu sistem rayuan yang akan dimulakan oleh pihak berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sorakan Gema Cahaya di sini Sabtu malam.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.

Dalam perkembangan lain, Rais ditanya mengenai hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Perbendaharaan Negara untuk kos penyiaran itu.

Katanya keputusan mengenai kelulusan itu akan diketahui tidak lama lagi.

Menurut Rais lagi, Persekutuan Bola Sepak Dunia telahpun memberi persetujuan kepada RTM selaku penyiar rasmi Piala Dunia.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails