BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 3, 2010

YB Nizar di Bkt Gantang dan ARAHAN.Bercakap tanpa SUARA...

Berceramah tanpa Pembesar Suara..??-Adoiyai

2.10.2010 Bukit Gantang : Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah turun untuk bersama-sama dengan rakyat , beliau di Parlimen Bukit Gantang .Program bermula dengan Dato Seri menghadiri 2 majlis perkahwinan penduduk di sekitar Parlimen.Satu di Batu Hampar dan satu lagi di kg Bukit Cempedak.

Dimajlis kenduri..Batu Hampar dan bkt cempedak


berucap di majlis kenduri dan dialog bersama penduduk

melawat N.ydp di hospital..bertanya khabar dgn warga india..tazkirah di surau cheh

ceramah...arahan tanpa pembesar suara.??..fening..nak kata tak cerdik ..tapi bergaji besar..

"Zambry @zambawe janji nak bagi kami Geran Tanah secepat mungkin"-Rakyat

Itu antara keluhan yang dilontarkan kepada Dato Seri yang mana beliau telah hadir dalam satu majlis dialog bersama penduduk di Kg Pak Dollah,Kemunting.Mereka-mereka yang hadir ialah antara penduduk-penduduk setempat yang mahu mengadu nasib mereka kepada Dato Seri Nizar.Pelbagai soalan dan juga aduan yang memohon perhatian Dato Seri sebagai Ahli Parlimen mereka bagi membantu mereka yang di himpit dengan pelbagai masalah..

Menjawab persoalan diatas Dato Seri berkata kepada penduduk yang hadir bahawa untuk apa kita mendengar janji-janji yang dilafazkan oleh Kerajaan UBN khususnya Zambry yang dikatakan telah menabur janji beliau di kawasan tersebut.Dato Seri yang hadir bersama-sama dengan Pegawai Khas Parlimen beliau telah menyatakan akan membantu Rakyat dengan sekadar termampu yang boleh agar kesempitan dan kesusahan itu dapat diringankan.

Semangat Katuanan Melayu mana Rasionalnya..??
Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin di dalam tazkirahnya menekankan agar kita tidak memperjuangkan semangat Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan UBN hari ini.Akibat dari dakyah dan juga pembentukan pemikiran rakyat yang mana UBN menerapkan semangan Katuanan Melayu telah membawa kehancuran dan kezaliman kepada rakyat yang ada.

Hujah beliau telah dikuatkan dengan ayat Allah swt yang bermaksud :

" Hai orang-orang yang beriman hendaklah kami jadi orang-orang yang selalu menegakan (kebenaran) kerana Allah swt,menjadi saksi dengan ADIL.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk berlaku TIDAK ADIL.Kerana ADIL itu lebih dekat kepada TAKWA.Dan bertakwalah kepada Allah swt,sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."-Al-Maidah ayat 8

Semangat Ketuanan Melayu yang diamalkan oleh UBN yang sama sekali tidak berdasarkan hukum Allah swt memperlihatkan ia sebagai satu cara yang akhirnya hanya akan membawa rakyat kepada fahaman Asobiyah (semangat Kebangsaan) yang akan membuatkan kita menzalimi dan menindas bangsa yang lain.

Bantuan Persekolahan Kepada Rakyat Kurang Berkemampuan Dari MP Bukit Gantang..

Seramai 5 penerima telah menerima bantuan berbentuk beg sekolah dan peralatan sekolah sumbangan dari Dato Seri Nizar kepada anak-anak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.(keseluruhan sebanyak 220 beg sekolah telah diagihkan ke seluruh Parlimen Bukit Gantang melalui cawangan dan ketua kampung PR).

"Berceramah Tanpa Pembesar Suara "-Ketua Polis Taiping
Kemuncak kepada program Dato Seri di Bukit Gantang ialah Ceramah Penerangan isu-isu semasa di Taman Kuning Sari.Turut serta dalam program tersebut ialah Yb Kesavan,Hj Ismail Yusop dan juga YDP Pas B.Gantang Ust Noordin.Dalam program ini juga Dato Seri telah merasmikan Markaz Pas Taman Kuning Sari.

Apa yang menarik dalam program malam ini ialah arahan dari pihak Polis yang menyuruh agar ceramah malam ini dipindahkan ke tempat lain iaitu di Markaz Pas Air Kuning.Namun setelah ia tidak diendahkan oleh pihak penganjur yang merasakan ia tidak perlu dipatuhi,Pihak Polis keluar dengan arahan yang baru iaitu berceramah tanpa sound system yang membawa maksud tiada pembesar suara yang dibenarkan digunakan.Namun ia turut tidak diendahkan oleh pihak penganjur dan ia alhamdulillah ceramah berjalan dengan baik dan kehadiran rakyat melebihi jangkaan awal.(ceramah semepena perasmian cawangan dan Markas Pas Kuning sari..tapi diarhkan buat perasmian disitu..berceramah di Markaz Negeri Air Kuning..apa punya ...obp)

Apakah rasional untuk pemimpin berbicara dengan rakyat tanpa bantuan pembesar suara..??Apa yang dikesalkan ialah Kecerdikan akal Ketua Polis yang baru tidak setinggi pangkatnya...!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails