BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, March 2, 2010

Demi nyawa isteri, anak............

emmmm,,itu baru ketua UMNO BHG..ada RM 1/2 Juta yg di serah yg tak serah berapa 1/2 Juta pulak..Pembantu rumah sampai 5 orang ,buat bisness dalam rumah ke??Pembantu rumah tidur di beberapa bilik di tingkat Bawah..rumah berapa tingkat dan berapa BILIK..???sendiri ingat le..aiii siap ada kolam renang..ini mesti buat bisness swimming POOL..ahahaha..aiiiiya..bertuah le komee...rompak pun PENUH DENGAN BERGAYA...aaahhkkah aaahhhkah...khak khak kahk

AMPANG JAYA: Demi keselamatan nyawa isteri dan dua anak yang ditawan sekumpulan penyamun hampir dua jam, Ketua Umno bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, sanggup menyerahkan wang dan semua barang berharga dimiliki bernilai lebih RM500,000 asalkan ahli keluarganya tidak dicederakan.

Demi nyawa isteri, anak

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, tiga lelaki dipercayai warga Indonesia yang menutup muka menggunakan tudung wanita memecah masuk rumah mangsa di Taman TAR, Ampang di sini.

Difahamkan, semua penjenayah terbabit mengacukan pisau pemotong daging ke arah leher mangsa yang ketika itu sedang nyenyak tidur di bilik utama.

Anehnya, kehadiran ketiga-tiga lelaki terbabit langsung tidak disedari lima pembantu rumah wanita yang ketika itu tidur di beberapa bilik di tingkat bawah kediaman berkenaan.


Ketika dihubungi, Syed Ali berkata, kejadian berlaku cukup pantas apabila penjenayah terbabit tiba-tiba muncul sebelum mengacu pisau ke lehernya dan isteri sambil mengugut supaya jangan melawan. “Biarlah polis melakukan siasatan. Saya masih penat, dari awal pagi tadi (semalam) dikejutkan penyamun hingga sekarang belum rehat lagi. “Berilah saya bertenang. Apa yang penting nyawa kami sekeluarga selamat,” katanya.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan kes pecah masuk kediaman ahli politik itu kira-kira jam 6.30 pagi.

Menurutnya, penjenayah dipercayai menggunakan laluan kolam renang di belakang rumah untuk masuk ke perkarangan rumah sebelum mengumpil jeriji pintu besi kediaman itu.


“Difahamkan, penjenayah yang memecah masuk rumah itu mengambil beberapa bilah pisau di dapur di bahagian bawah kediaman tiga tingkat itu sebelum ke bilik tidur utama di tingkat atas.


“Penjenayah kemudian mengejutkan mangsa yang lena tidur sebelum mengarahkannya supaya tidak melawan. Mangsa yang diacukan pisau di leher kemudian diarah menyerahkan semua barang berharga termasuk wang, barang kemas dan telefon bimbit disimpan dalam peti besi.


“Penjenayah turut mengacukan pisau di leher isteri dan dua anak mangsa,” katanya.


Menurutnya, penjenayah kemudian mengikat semua mangsa sebelum melarikan diri ke kawasan hutan berbukit di belakang banglo berkenaan. Bagaimanapun, mangsa hanya mampu membuka ikatan terbabit kira-kira jam 6.30 pagi sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.


“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya penyamun ialah tiga lelaki Indonesia berusia lingkungan 40-an. Susulan itu, pihak polis mengadakan operasi besar-besaran di kawasan rumah kongsi di sekitar daerah Ampang.


“Agak sukar untuk mengenal pasti wajah dan identiti suspek berikutan rumah terbabit tidak dipasang kamera litar tertutup (CCTV). Sehingga kini polis masih meneruskan siasatan dan memburu mangsa secara besar-besaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata berkumpulan.


Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati khidmat Unit Anjing Pengesan Polis (K9) dibantu beberapa anggota polis digunakan bagi menjejaki suspek yang disyaki melarikan diri ke kawasan hutan berbukit melalui laluan denai hutan dan air terjun kira-kira 50 meter dari kediaman mangsa.


Difahamkan, usaha menjejaki suspek yang bermula sekitar jam 9 pagi menemui jalan buntu berikutan jalan denai dalam hutan terbabit yang berliku selain mempunyai banyak simpang yang boleh ditembusi hingga ke kawasan Hulu Klang atau Bukit Indah.

Lebih menyukarkan keadaan apabila jejak serta bau ditinggalkan kumpulan penjenayah sukar dikesan berikutan laluan denai terbabit turut digunakan orang ramai untuk tujuan beriadah dan berjoging pada waktu pagi.


Bagaimanapun, difahamkan beberapa orang yang sedang berjalan dalam denai hutan itu terserempak tiga lelaki terbabit yang membawa beg galas dalam keadaan mencurigakan.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails