BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, March 2, 2010

utusan mereng....merapu

tidak perlu rujuk berita dari mana-mana sumber lain..cuba baca dan fahami berita yang 3/4 buat,,boleh nilai jenis gila,meroyan atau pun 3/4..rujuk ayat-ayat yg dibold

Penduduk Taman Wira hantar memorandum


Penduduk Taman Wira berdemonstrasi di hadapan Wisma Darulaman secara aman di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 1 Mac - Kira-kira 10,000 penduduk perumahan awam Taman Wira, Mergong dekat sini mendesak kerajaan negeri menarik balik cadangan untuk menyerahkan urusan kutipan sewa kepada pihak bank.

Penduduk menyifatkan cadangan tersebut sebagai penindasan terutamanya kepada golongan kurang upaya, warga tua, orang miskin dan ibu tunggal yang mendiami kawasan perumahan tersebut.

Ia juga bertentangan dengan konsep Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas.

Selepas menyatakan bantahan dalam perhimpunan aman di dewan orang ramai taman tersebut pada Jumaat lalu yang dihadiri oleh kira-kira 200 wakil penduduk, hari ini mereka menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sebelum itu, pada Rabu lalu, Azizan dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan menyerahkan kepada pihak bank untuk menuntut kesemua hutang perumahan awam yang masih belum berbayar sehingga mencecah RM27 juta.

Azizan berkata, menerusi kaedah tersebut, kesemua hutang perumahan awam daripada penyewa akan dibayar kepada kerajaan negeri oleh pihak bank.

Kenyataan itu mengundang bantahan penduduk Taman Wira yang bimbang masa depan mereka akan terjejas berikutan pelaksanaan kaedah tersebut.

Taman Wira yang mula didiami pada 1986 mempunyai kira-kira 2,500 rumah dengan jumlah penghuni kira-kira 10,000 orang.

Kadar sewa rumah perumahan awam itu sekitar RM100 sebulan.

Pengerusi Rukun Tetangga taman itu, Ahmad Mashar Mat Isa, 56, berkata, penduduk mahu cadangan itu ditarik balik dan bersedia berbincang dengan Menteri Besar untuk tujuan itu.

Beliau mengakui ada di antara penghuni yang mempunyai tunggakan sewa yang masih belum dibayar tetapi masalah itu telah selesai melalui rundingan yang dijalankan sesama mereka.

"Kami bukan tidak mahu bayar tetapi ada masalah tertentu yang dihadapi oleh penghuni.

"Janganlah menggunakan cara paksaan terhadap mereka tetapi gunakanlah cara yang berhemah seperti yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri," katanya yang ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut, hari ini.

Ahmad Mashar dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) Blok D, Taman Wira, Mohd. Bakri Rizwan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Mohd. Sanusi Md. Nor di pintu pagar Wisma Darul Aman, dekat sini.

Kira-kira 100 penduduk berkumpul berhampiran taman perumahan itu pagi ini sebelum wakil mereka bergerak ke Wisma Darul Aman untuk menyerahkan memorandum tersebut.

apa macam ada dapat tangkap tak?..cammna bengong atau mereng?...ha ha ha ha

takpuas hati baca lagi kat sini: jeng-jeng

macam mana...fikiran anda????...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails